Sunday, August 28, 2011

beli barang for raya rm300


hai, hoi, assalamualaikummmm :)
as korang semua sedia maklum hari sabtu saya azliana telah pergi ke pasar besar seremban. Yes, yang ditengah bandar seremban tuh. Pagi pukul 8.30 kot dah keluar. Sampai-sampai mama pergi kedai apa ntah nama dia. Owner tuh jual frozen food mama kata dia nak beli daging dekat sini and memang dia beli pun 4kilo tauuuu =='' then dia beli hati dan paru. Yang bestnya orang tuh ada mesin slicer sendiri so diorang tolonglah potongkan. hoho, mama kata nanti dia masak terus tayah susah hidup nak potong. Daging mama kata nak buat masak merah. Yang hati tuh dia nak campur dengan paru and hati nak buat rendang rasanya -.- tak sure tapi still ada rendang ayam. hehe, kat kedai tuh total semua 98ringgit =='' saya rasa sedih duit hilang macam tuh je.

Pas tuh kitorang tinggalkan yang barang beli dekat situ sebab tak larat angkut bawa masuk pasar. Masuk je pasar T_T selipar dah basah. wuwu, nyesal tak pakai but je. Pasar kan basah berair semua. Then mama go cari ayam. Mama kata kalau mama masak rendang ayam mama tak guna ayam kampung mama guna ayam pencen aka tua. haha, so mama pergi kat pakcik tuh tanya berapa sekor. Rm 9 ringgit -.- mama kata dulu 7.50sen tapi sebab nak raya dia naikkan =='' Mama beli 4ekor and pakcik tuh potongkan. Oh as korang semua tahu ayam pencen liat susah nak masak tapi saya tak tahu how mama berjaya unliatkan the ayam tp yang saya tahu mama masak rendang memang lama sebab nak make sure the ayam tak liat and mama masak rendang singapore. Lain sikit katanya. Then dia pergi beli ikan kembong for raya kedua, dia nak buat laksa. Siapa nak rasa laksa mama sila datang pada raya kedua. hoho, pas tuh dia pergi beli daun kunyit, ketupat yang dah siap anyam punya sebab kitorang semua fail bab menganyam :P pas tuh beli cili api, kerisik, bunga nak buat laksa tuh daun dia dan lain-lain juga termasuk tempeyek, tau tak apa tuh ?ala-ala kerepekk tu. Habislah 300ringgit abi bagi : ( Tuh boleh kira duit belanja saya for 3minggu di Msu tau, wuwu. Akibat membeli barang terlalu banyak barang yang kena diangkat pun banyak nak mati. =='' 
Oh saya nampak budak kecik cina and india minta mak diorang belikan bendera malaysia :) rasa bangga plus bila tengok cina and india beli dekat melayu, melayu beli dekat cina rasa bangga duduk malaysia :) hehe
tapi paling penting pasar sesak gila, yang makcik pakcik berebut beli daun buat ketupat tuh tergelak tengok. haha ! mcm budak ajaa -.- sumpah sesak semalam xtaulah hari ini rasa lagi sesak hooooo.


pakcik tuh potong daging mama :)

total harga beli dekat kedai frozen food. mahal kan ? bazir. huh

pakcik nihla jual ayam pencen mahal, wuu

ini ialah barang yang ada while mama pergi beli barang lagi. hehe

p/s: bila besar saya tak nak habiskan sampai 300ringgit sebab banyak sangat. tuhla mama banyak sangat anak. haha kitorang pula kuat makan. hoho

No comments:

Post a Comment