Tuesday, January 18, 2011

Lelaki idaman, suami idaman

Actually i got this from a message.
i have been following this ustaz and he said :

Kewibawaan Suami
"Suami yang berwibawa itu dia memiliki ilmu pengetahuan yang luas, ibadah yang kemas, akhlak yang mulia dan kepimpinan yang berkesan"

Suami idaman! 
Para wanita Tuhan jadikan bersamanya sifat pemalu. Sifat pemalu semulajadi itu serba sedikit dapat menyelamatkan maruah para wanita. Apabila hilang sifat malu maka runtuhlah benteng maruah yang utama dari wanita. Di akhir zaman ini memang sifat malu semulajadi itu sudah hampir lenyap. Maka lahirlah wanita yang kurang malu atau tak malu. 

Salah satu kesan ketara kekurangan sifat malu itu apabila para wanita sanggup berterus-terang mengenai ciri-ciri suami idaman. Tanpa berselindung mereka rata-rata idamkan suami macho, tampan, segak, bertubuh sasa, kaya, popular, berpangkat, berkelulusan dan sebagainya.

Ramaikah lelaki seumpama itu? Tentulah sedikit saja. Memang Tuhan jadikan jumlahnya sedikit. Bahagiakah wanita yang berjaya mendapat suami idaman tersebut? Mudah saja jawapan kepada persoalan ini, iaitu kebahagiaan terletak di hati, bukan di mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan lain-lain anggota lahir. 

Sepatutnya wanita merasa malu untuk berterus-terang tentang ciri-ciri suami yang diidamkan. Tetapi tidak pula salah andainya sekadar mengharap, malah dibolehkan harapan itu dirintihkan kepada Tuhan, tanpa dilafazkan. Dan elok disertakan pula dengan sangka baik kepada Tuhan bahawa siapa saja yang datang ke dalam hidupnya seorang lelaki bergelar suami maka itulah yang terbaik untuk dirinya. Kerana Tuhan Maha Mengetahui, Maha Adil dan sangat luas rahmat-Nya. Setiap anugerah Tuhan itu tetap ada kebaikan atau hikmah di sebaliknya. Oleh itu, lebih baik mengekalkan sifat malu melalui tanpa mendedahkan apa yang tersirat di hati mengenai bakal suami dan mengharap serta berserah kepada Tuhan. 


SO, the conclusion is dulu pun i penah buat this. nak suami macam macam mane kan tapi last what i got is so bertentangan dengan apa yang saya nak. tau tak apa paling TERKEJUT ?
this person i got is the best i can get and i just know theres no way i can find a men like this anymore.Yupp, kadang-kadang apa yang kita dapat bukan lah yang macam diidamkan tapi bersyukurlah dengan apa yang telah dberi : ) ingat nie, 

EVERYTHING THAT HAD HAPPENED HAVE ITS OWN REASON

so for that, pakcik thank you kihkih *err ?
(berangan dah ada suamike aku nie -__- *malu je)

5 comments: